|
AKTIVITI
KELAB MAINTENANCE PADA 2-3 OGOS 2008
Pada
2 dan 3 ogos 2008 kelab maintenance telah menganjurkan pertandingan
futsal dipadang utama IKTBN Sepang. Sebanyak 14 pasukan telah
menyertai pertandingan ini. Setiap pasukan diwakili 7 orang
pemain. 1 penjaga gol, 4 pemain dan 2 pemain simpanan.
OBJEKTIF utama pertandingan ini diadakan adalah untuk merapatkan
silaturahim antara semua pelajar IKTBN Sepang dan memupuk semangat
kerja sama diantara mereka. Tidak kira dimana kita berada, semangat
kerjasama adalah penting bagi setiap pelajar.
Kesemua warga dan kakitangan kelab maintenance melibatkan diri
sebagai urusetia. Kerja sama yang seperti ini adalah amat penting
untuk menjayakan sesuatu program. Antara barisan urusetia ini
terdiri daripada pelatih-pelatih baru dan lama.
KESIMPULAN
Diharap
dengan adanya pertandingan ini ianya dapat memupuk budaya bersaing
secara sihat dan melatih para belia supaya sentiasa menghargai
masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah dan menjauhi gejala-gejala
yang tidak bermoral seperti melepak,merempit, berjudi dan lain-lain.
Pertandingan futsal ini adalah pertandingan yang sihat. Kami
pelatih-pelatih dari IKTBN Sepang menyeru kepada belia generasi
yang akan datang agar tidak membuang masa dengan kegiatan yang
tidak berfaedah. Sebaliknya gunakan masa itu dengan sebaik -
sebaiknya.
GAMBAR
AKTIVITI
|
|
|
|
Urusetia
aktiviti
|
Pertandingan
Futsal antara sekolah
|
PENGENALAN
| ORGANISASI | LAGU
|