|
DEFINISI "Citra"
Imej,gambaran dan wajah,satu pengertian yang amat berkait
rapat dengan objektif Kementerian untuk melaksanakan program ini
iaitu untuk memberi imej,gambaran dan wajah yang positif mengenai
IKTBN yang dapat dikongsi dan dirasai bersama oleh belia dan
setempat.
OBJEKTIF PROGRAM CITRA IKTBN
Program Citra IKTBN merupakan satu program yang bertujuan
untuk "memasyarakatkan IKTBN"dengan memberi peluang kepada belia dan
masyarakat setempat untuk mengenali IKTBN dengan lebih dekat
lagi.Program ini juga meluaskan lagi peranan dan sumbangan IKTBN
sebagai sebuah institusi latihan kemahiran yang mampu memberi
sumbangan terhadap pembangunan belia dan masyarakat
disekitar kawasan IKTBN.
Objektif lain:
-
Memberi peluang kepada IKTBN untuk menyumbang
kepakaran,kemudahan,tenaga dan pemikiran yang dapat dikongsi
bersama oleh belia dan masyarakat setempat.
-
Menjana pemikiran belia ke arah satu
pembentukan jati diri yang unggul disamping menerapkan nilai-nilai
murni dan disiplin.
-
Memberi pendedahan kepada belia mengenai
fungsi serta peranan KBS dan
IKTBN,pertubuhan,belia,sukan,rekreasi,badan sukarela serta agensi
tempatan yang lain.
-
Meningkatkan jalinan kerjasama dan
mengeratkan sillaturrahim antara IKTBN dengan masyarakat
setempat,pemimpin tempatan,persatuan belia,sukan dan rekreasi seta
agensi tempatan.
-
Menjadikan IKTBN sebagai pusat aktiviti
pembangunan belia setempat.
-
Mempromosikan IKTBN sebagai sebuah institut
latihan kemahiran.
Pengisian Program Citra:
Program Citra IKTBN mengandungi modul yang memberi penekanan
terhadap aspek dan nilai positif yang mampu menyumbang kearah
pembentukan belia seperti:
- Nilai Jati Diri
- Kepimpinan
- Kerohanian
- Disiplin
- Patriotisme
- Kesukarelaan
Diantara program dan aktiviti yang dijalankan dalam Program
Citra IKTBN adalah seperti berikut:
- Pendedahan peluang latihan kemahiran IKTBN/KBS
- Ceramah & Forum
- Sukan,Rekreasi & Kecergasan
- Pembentukan Kumpulan/Permainan
- Motivasi & Kaunseling
- Kerohanian & Keagamaan
- Perkhemahan
- Gotong Royong & Kemasyarakatan
Peserta program Citra IKTBN
Belia berbilang kaum,berumur antara 17-25 tahun yang tinggal
disekitar IKTBN/daerah yang berdekatan.
|