MENU UTAMA

SEKOLAH ELEKTRONIK

 

Sekolah Elektronik

PENGENALAN

Sekolah elektronik ini adalah salah satu sekolah/bahagian yang bergerak aktif dalam segi pembelajaran / kerja-kerja baik pulih peralatan elektronik dan sistem rangkaian perhubungan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Terdapat dua kursus di tawarkan iaitu Juruteknik Kanan Elektronik Industri Tahap 3 dari JPK dan Diploma Teknologi Elektronik Industri usahasama dengan Universiti Teknologi Malaysia. 

Pelatih-pelatih di sekolah ini akan diajar dalam bidang Juruteknik Kanan Elektronik Industri Tahap 3 dan Diploma Teknologi Elektronik Industri. Matlamat utama sekolah ini adalah melahirkan tenaga mahir dalam bidang elektronik dengan melatih pelatih dalam bidang berkenaan. Pelatih-pelatih yang telah menamatkan pengajian mereka boleh bekerja di industri perkilangan untuk memenuhi saranan dalam organisasi kerajaan atau swasta. 

Pelatih-pelatih jurusan Juruteknik Kanan Industri Tahap 3 yang tamat kursus akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) manakala pelatih-pelatih jurusan Diploma Teknologi Elektronik Industri akan mendapat Diploma yang akan dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia kerana kursus ini adalah usahama yang dijalankan dengan Universiti Teknologi Malaysia.   Kedua-dua kursus ini juga mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang sendiri.


KURSUS DITAWARKAN

1. Juruteknik Elektronik Kanan Industri Tahap 3 (MML3)
2. Diploma Teknologi Elektronik Industri (DTEI)
3. Pereka Multimedia - Pengarangan (MUD)


Kursus Juruteknik Kanan Elektronik Industri Tahap 3

Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

Kelayakan :

Lulus SPM dan mempunyai sijil Kemahiran Malaysia (Juruteknik Elektronik Industri tahap 1 dan 2) yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) , Kementerian Sumber Manusia.

Tempoh Kursus : 6 Bulan (sepenuh masa di Institut)


Kursus Diploma Teknologi Elektronik Industri.

Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di tetapkan akan mendapat Diploma Teknologi Elektronik Industri yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

Kelayakan :

Lulus SPM dengan kepujian sekurang-kurangnya 5 matapelajaran iaitu kepujian dalam Bahasa Malaysia, Matematik, Fizik atau Kimia, matapelajaran sains dan dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (Juruteknik Elektronik Industri tahap 1 dan 2) yang sah, dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia.

Tempoh kursus : 3 tahun (sepenuh masa pembelajaran dan latihan amali di Institut)


Kursus Pereka Multimedia-Pengarangan (Tahap 3)

Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan akan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

Kursus ini akan menfokuskan kepada multimedia tetapi ia bermula dengan asas komputer yang mana ia akan menekankan kepada elemen-elemen multimedia. Pelajar akan menukar elemen multimedia ke bentuk digital dan akan mereka bentuk kesemua bahan-bahan tersebut menjadi satu projek multimedia.

Pengarangan bermaksud satu jalan cerita yang lengkap dari mula hingga akhir yang mana ia akan dihasilkan mengikut kreativiti pelajar.

Tempoh kursus : 36 bulan (sepenuh masa pembelajaran dan latihan amali di Institut).


ORGANISASI  |  KEMUDAHAN AKTIVITI

Perutusan Pengarah

Profail

Sejarah

Organisasi

Penasihat Kemahiran

Kemudahan

Berita Semasa 

Galeri

Pelan

Pemandangan IKTBN

Hubungi

KURSUS

 

Sepenuh Masa

Jangka Pendek

 

BAHAGIAN

Kemahiran

Pentadbiran & Kewangan

SEKOLAH

Elektronik

Senggaraan & Bantuan

Perkakasan

Pemesinan

INFORMASI

E-mail Pegawai

Aktiviti Pelatih

Tentang Laman