|
OBJEKTIF
Objektif penubuhan Jawatankuasa Panel Penasihat Kemahiran adalah
bagi meningkatkan kerjasama di antara institut dengan industri
dan meningkatkan mutu latihan kemahiran institut.
BIDANG
TUGAS
Jawatankuasa Panel Penasihat Kemahiran adalah bertanggungjawab
memberi pandangan dan nasihat terhadap pelaksanaan latihan kemahiran
di Institut. Tugas-tugas secara khususnya ialah;
- Memberi
maklumat terhadap perkembangan dan perubahan teknologi di
industri sebagai persediaan di dalam perancangan program-program
baru di Institut
- Memberi
nasihat di dalam aspek pembangunan infrastruktur dan keperluan
peralatan mengikut keperluan teknologi semasa
- Memberi
nasihat dan bantuan di dalam usaha untuk meningkatkan mutu
latihan dan jalinan kerjasama di antara industri dan Institut
melalui program latihan sambil bekerja (OJT) pelajar-pelajar.
- Memberi
nasihat dan bantuan untuk meningkatkan kemahiran tenaga pengajar
IKBN dengan kemudahan yang terdapat di dalam industri
- Memberi
nasihat di dalam usaha meningkatkan penyertaan pekerja industri
menyertai program latihan di Institut terutamanya melalui
kursus jangka pendek
- Merancang
dan mencadangkan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk faedah
bersama di antara Institut dan industri.
KEAHLIAN
i. Bilangan ahli Jawatankuasa Panel Penasihat Kemahiran hendaklah
tidak lebih 9 orang yang terdiri daripada:
a)
Wakil persatuan-persatuan ketukangan (trade associations).
b) Wakil syarikat atau industri.
c) Pegawai latihan dari agensi latihan awam dan swasta yang
berdekatan.
ii.
Ahli-ahli adalah dipilih untuk tempoh dua tahun dan boleh dilantik
semula.
iii.Pengerusi
jawatankuasa Panel Penasihat hendaklah dipilih dari kalangan
ahli-ahli panel
iv.Pengurusan
Institut akan bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Panel
Penasihat.
v. Kekerapan mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
BIDANG KUASA
Segala
kegiatan dan keputusan Jawatankuasa Panel Penasihat Kemahiran
adalah tertakluk kepada semakan dan kelulusan pengurusan Institut
dan juga Kementerian Belia dan Sukan
Ahli-ahli Panel Penasihat
|