|
LATAR
BELAKANG
- Keperluan penubuhan
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, (IKTBN),Sepang telah mula
dibincangkan pada awal tahun 1987. Seterusnya satu keputusan telah
diambil oleh pihak kerajaan agar penubuhan Institut ini dilaksanakan
dibawah Kementerian Belia Dan Sukan.
- Pada 10 Mac , Y.B Menteri
Belia dan Sukan, Malaysia bagi pihak Kerajaan Malaysia telah menandatangani
satu perjanjian dengan Syarikat HMT(I) dari India bagi penubuhan
IKTBN Sepang, Selangor Darul Ehsan yang terulung
dinegara ini.
- Dibawah perjanjian yang
ditandatangani, Syarikat HMT (I) sebagai kontraktor utama melaksanakan
projek ini secara pakej dimana ianya bertanggungjawab terhadap
kerja-kerja binaan, mesin dan peralatan latihan serta perkhidmatan
– perkhidmatan yang berkaitan.
- Institut ini terletak di Bandar Baru
Salak Tinggi, Sepang, Selangor Darul Ehsan, iaitu kira-kira 65km
dari Bandaraya Kuala Lumpur dan kira kira 5km daripada Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.
- Institut ini telah beroperasi
sepenuhnya mulai bulan Mei 1990.
OBJEKTIF
INSTITUT
-
Menyediakan latihan intensif
dalam bidang kerja logam, pemesinan, peralatan dan acuan senggaraan
dan elektronik mengikut standard Kemahiran Kebangsaan Sijil
Kemahiran Malaysia tahap 3.
-
Menyediakan peluang peningkatan
kelayakan kepada pelajar aliran kemahiran vokasional dengan
menawarkan kursus-kursus di tahap lebih tinggi (SKM tahap 4/5
atau (ijazah)).
-
Melahirkan tenaga mahir
dalam bidang-bidang yang berkenaan kearah memenuhi sebahagian
dari keperluan industri negara.
-
Menyediakan latihan pengkhususan
jangka pendek dalam bidang bidang berkaitan bagi juruteknik
- juruteknik yang ditaja oleh pihak swasta mahupun pihak awam
disamping menyediakan kursus-kursus berbentuk “Customised”.
-
Memberi perkhidmatan dalam
bentuk khidmat nasihat dan tempahan kerja kepada mereka yang
berminat mengikut kemampuan.
PIAGAM
PELANGGAN IKTBN SEPANG
-
Menyediakan latihan jangka
panjang dan jangka pendek dalam bidang kerja logam, elektronik
dan senggaraan untuk belia-belia dan pekerja swasta/awam.
-
Mengeluarkan 80% graduan
yang berkemahiran tinggi dalam peperiksaan persijilan Institut,
dibidang berkaitan kerja logam, elektronik dan senggaraan berilmu
dan yang berwawasan.
-
Menyedia khidmat sokongan
sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi organisasi.
-
Bersedia memberi khidmat
runding cara dan susulan serta khidmat nasihat yang berkesan
semasa dan selepas latihan
-
Mewujudkan perhubungan
industri untuk memberi panduan dan pilihan kerjaya yang sesuai
dengan keperluan industri.
-
Memberi khidmat nasihat
dan khidmat bengkel untuk industri kecil dan sederhana dalam
usaha mendapatkan pendedahan dan pemindahan teknologi terkini.
|