|
Projek Institut Kemahiran Tinggi Belia
Negara
Salah
sebuah Institut Kemahiran Belia Negara di bawah Kementerian Belia
dan Sukan. Institut ini dilahirkan dari ilham YAB Perdana Menteri
sebagai langkah mempertingkatkan kemahiran dalam bidang kerja logam
di kalangan belia dan beliawanis untuk menampung kekurangan tenaga
mahir bagi industri pembuatan di Malaysia. Projek
yang berharga RM31.78 juta diusahakan melalui perdagangan timbal
balas (counter trade) antara Kerajaan Malaysia (Kem.Belia dan Sukan)
dan India (HMT (I)) IKTBN didirikan diatas tapak seluas 9 hektar di
Bandar Baru Salak Tinggi, dalam daerah Sepang, Selangor Darul
Ehsan.
Objektif
Sejajar
dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan objektif menyeluruh Rancangan
Induk Perindustrian (IMP).
- Menyediakan latihan intensif berorientasikan pengeluaran
dalam bidang kerja logam.
- Mewujudkan tenga mahir dalam jurusan -jurusan yang
dicadangkan untuk keperluan kerja-kerja kemahiran kearah memenuhi
sebahagian daripada keperluan industri negara.
- Melatih pelatih-pelatih supaya menjadi tenaga pekerja dan
usahawan yang mahir dan berjaya.
- Menyediakan latihan yang pengkhususan jangka pendek dalam
bidang kerja logam bagi juruteknik-juruteknik yang dianjurkan oleh
pihak swasta.
- Menerima tempahan kerja mengikut ketepatan piawaian
perindustrian di samping membentuk kecekapan tertentu dan
pengeluaran yang berkualiti
Perkembangan projek
10
Mac1988 : Kontrak bagi mengadakan projek IKTBN
ditandatangani antara KBS-HMT (I).
18
Oktober 1988 : Meletakkan batu asas projek IKTBN oleh YB. Dato
Seri Mohd Najib ditapak projek.
30
September 1989 : Penyempurnaan kerja-kerja awam yang
meliputi pembangunan insfrastruktur,kerja pembinaan,mekanikal dan
elektrik.
10 Mei
1990 : Penyerahan projek IKTBN oleh HTM (i) kepada
Kementerian Belia dan Sukan. Permulaan 12 kursus Kemahiran Tinggi
Belia Negara Sepang. Bilangan pelatih 52 orang.
3
Disember 1990 : Pengambilan kedua bagi tahun 1990,
pelatih ke IKTBN: 16 orang, 6 kursus.
Peranan HMT(I).
Merekabentuk, merancang dan melaksanakan projek berasaskan
"Turnkey". Skop kerja adalah seperti berikut:
1.
Pembangunan tanah, infrastruktur, pembinaan dan kerja-kerja
"M&E".
2.
Membekal ,memasang dan menguji semua mesin dan peralatan.
3.
Membekal perisian latihan untuk 12 bidang kursus.
4.
Mengendalikan latihan tempat kerja oleh 23 pakar HMT (I) di
IKTBN.
GALERI
SEJARAH
|