MENU UTAMA

SEKOLAH PEKAKASAN DAN ACUAN

SEKOLAH PERKAKASAN & ACUAN

(School of Tools & Dies)

PENGENALAN

 

            Sekolah Perkakasan & Acuan merupakan salah satu sekolah/bahagian yang terdapat di IKTBN Sepang. Pelatih-pelatih di sekolah ini dilatih dalam bidang rekabentuk dan pembuatan berbagai perkakasan seperti alat tekan, acuan suntikan plastik dan lain-lain.

            Matlamat utama sekolah ini ialah melahirkan tenaga mahir dalam bidang rekabentuk pekakasan dengan melatih pelatih berpandukan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Pelatih-pelatih yang telah menamatkan pengajian mereka boleh bekerja didalam industri pembuatan Alat Tekan (Press Tools) dan Acuan Suntikan Plastik (Plastic Injection Mould). Pelatih-pelatih yang tamat kursus akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan(MLVK). Selain itu sekolah ini juga menawarkan kursus Diploma Teknologi Alatan dan Acuan (Mekanikal) dengan usahasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 

 

KURSUS DITAWARKAN

 

1. Diploma Teknologi Alatan dan Acuan Mekanikal (DTMA)

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan golongan pekerja yang mempunyai pengetahuan akademik yang kukoh serta keterampilan kemahiran praktikal yang tinggi dalam bidang Pembuat Acuan Suntikan Plastik dan Pembuat Alat Tekan bagi memenuhi permintaan industri dalam bidang berkaitan. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun dan syarat masuk adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang :

" Pembuat Perkakasan - Acuan Suntikan Plastik (H-097-2)- Tahap 2
" Pembuat Perkakasan - Alat Tekan (H-096-2) - Tahap 2

Selain dari itu calon di kehendaki lulus dalam peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta kepujian dalam 3 mata pelajaran lain di samping syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut.

Program ini dilaksanakan secara bersepadu berpandukan kurikulum bercorak kejuruteraan gunaan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disamping memberi latihan kemahiran mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Calon yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Alatan & Acuan Makanikal disamping Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3).

2. Pembuat Perkakasan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 2 (TMD2)
(Toolmaker - Plastic Injection Mould)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pemesin Am (H-017-1) Tahap 1 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

3. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (TMD3)
(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

4. Pembuat Perkakasan - Alat Tekan - Tahap 2 (TMP2)
(Toolmaker - Press Tool)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pemesin Am (H-017-1) Tahap 1 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal (Single & Compound Dies) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan & tunggal dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

5. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (TMP3)
(Senior Toolmaker - Press Tool)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan - Alat Tekan (H-096-2) Tahap 2 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

6. Tool Design Draughtsman (TDD)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pelukis Pelan Mekanikal (H-050-1) disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan dan acuan suntikan plastik (Press Tool & Plastic Injection Mould). Menggunakan segala pengetahuan dan diaplikasi semua data-data bagi membangunkan konsep rekabentuk dan seterusnya memperbaiki rekabentuk tersebut bagi menghasilkan lukisan rekabentuk alat tekan dan acuan suntikan plastik sepertimana piawaian yang telah ditetapkan.

 

 

 

ORGANISASI  |  KEMUDAHAN  |  AKTIVITI

 

Perutusan Pengarah

Profail

Sejarah

Organisasi

Penasihat Kemahiran

Kemudahan

Berita Semasa 

Galeri

Pelan

Pemandangan IKTBN

Hubungi

 

KURSUS

 

Sepenuh Masa

Jangka Pendek

 

 

BAHAGIAN

 

Kemahiran

Pentadbiran & Kewangan

SEKOLAH

 

Elektronik

Senggaraan & Bantuan

Perkakasan

Pemesinan

INFORMASI

E-mail Pegawai

Aktiviti Pelatih

Tentang Laman